Bonjour! You are in my site. Do Follow or Go to Dasboard
♥ AMIRA IZZATI ♥: bunga dan pekebun

bunga dan pekebun

Aku suka rasa berbunga ni. 
Rasanya manis. 
Walaupun pada hakikatnya aku suka kemasinan.
Bau haruman bunga bunga itu, terlalu wangi untuk di tulis.

Kau beri aku bunga yang paling cantik dari taman kau. 
Sehingga datang satu jenis serangga pemusnah, hampir saja aku terbunuh. 
Sial.

Dan selepas itu, kau baja semula aku dan aku hampir pulih menjadi cantik. 
Aku masih berbau harum. 
Namun haruman aku tak kekal lama. 
Hari ke hari, aku semakin layu. 
Kelopak aku gugur ke bumi. Sakit.

Serangga perosak semakin membuas dan liar. 
Mana dia pekebun aku?
Kenapa dia masih tidak sirami aku dengan baja? 
Aku perlukan karbon dioksida aku untuk pengprosesan fotosintesis aku.

Pekebun ini mungkin sudah murtad di ladang bunga yang lain. 
Mungkin juga dia sudah bosan menyemai sejak aku tumbuh. 
Mungkin dia kehabisan baja dalam simpanannya.
Tapi aku amat butuhkan pekebun itu. 
Untuk hidup aku, izinkan aku hidup deminya selama riwayat aku.
Atau mungkin nanti aku akan di petik manusia.
 Mungkin juga tangkai aku akan di patah-patahkan dengan kejam. 
Daun dan kelopak ku juga akan di koyakkan. 
Rakus.

Aku mahu kekal harum di ladang bunga pekebun itu. 
Aku mahu jadi bunga yang paling istimewa untuk si pekebun. 
Tapi, bagaimana?